Rabu, 10 Ogos 2011

Berbuka puasa ngan PM_10 OGOS 2011




haha tengok gambar tu macam skema jer kan. Itu baru pintu masuk belum masuk betul-betul dalam kediaman rasmi PM. Ermm, honestly aku sangat teruja dapat masuk rumah PM yang indah dan tersergam..hehe Alhamduillah atas anugerah yang diberikan. Mula-mula masuk dah teruja sebab tu bergambar sana sini. Last2 pakcik jaga tegur jangan tangkap gambar banyak sangat.Adoyaii

Tapi memang cantik lah tempat itu. Semua glitter dan cantiklah. Wajah i yang gelap ni pun nampak ceraah je masuk situ. Haha. Tapi memang payah giler nak carik kediaman ni pusing 2 3 kali jugak la satu putrajaya g cari tempat ni..hahha. semputtttt. Walaupun i penumpang i pun rasa semputtt jugak. Kereta sesak gile lah kan. Punye lah ramai orang nak buka puasa jugak

Makanan ok lah haritu. Kenyang jugak. lagi satu dapat coklat. Haha. Dah kenyang sambung bergambar balik. Walaupun dah kena tegur. Kami-kami ni degil jugak. Haha.Kemudian balik dengan selamat. Jalan nak balik senang je nak carik. Time pegi melilau lilau.Haha. Akhirnya saya pun kepenatan sebab sibuk jalan kaki sana-sini. Hehe.

Selasa, 9 Ogos 2011

mengganggur VS kerja!

Ok hari ini mari kite bercerite mengenai kerja dan kerjaya dalam diri seseorang.
Bila dah bekerja ini all around us dah totally different.

Dulu bila kite tak bekerja, banyak masa, diri takde arah tujuan dan melilau sana-sini. Belum lagi penat nak menjawab soalan-soalan cepu emas dari saudara mara.."Keje mana sekarang ni?". Dah tu pulak effect parents lah. Cian mak ayah kite kan. Duit bulan2 sah-sah tak hulur lagi da.

CUma masa banyak terluang. Tapi kadang-kadang buat benda tak pekdah. Satu lagi of cos la wang takde. sye tak boleh jadi beruang. hahha -comel-

Ermm da keje, penat! tu ofkos lah. Jadi cikgu penat mengajar sebab anak2 nakal dan macam-macam karenah. Tapi, dalam hati dah mula sayangkan situasi ini. Ade anak murid buat kite marah, jengkel, gembira, geram, macam-macam. Tapi itu pengalaman. Siape nak bagi pengalaman mengajar remaja sekolah walaupun takde pengalaman pendidikan? Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan yang diberi.

Alhamdulillah sangat. Nasib dapat pengalaman ni. Kalau tak kutip dari sekarang mana nak ada pengalaman kan.

Cerita pasal kerjaya sebagai seorang guru ni pulak macam2. kalau kite mengajar 3 kelas. Kelas A macam ni, kelas B macam ni dan kelas C macamni. Perangai macam-macam adoo. hehe. Mereka nakal sikitlah kot. Yang penting niat kan. Untuk melihat remaja ini lebih maju di masa hadapan. Ok (asyik sebut ok je). Bila da makin lama dalam kerusi guru ni, makin lama makin tahu tanggungjawan yang perlu dilaksanakan untuk pelajar2 ni. InsyaAllah

Walau kite berkerja atau tidak yang penting cara dan pembawakan kite dalam kehidupan seharian. Yang penting tahu mana yang terbaik dalam diri


----- Cuba untuk menganjakkan diri ke arah yang lebih tenang -----

Khamis, 4 Ogos 2011

Ini kisahku. Kisah seorang remaja wanita yang dibelenggu dugaan sepanjang tahun 2011. Penat. Tapi aku redha dengan semua Ya Allah beri kekuatan dan kehidupan yang lebih baik. Apakah aku perlu menghadapi semua ini Ya Allah. Sungguh sejak 2, 3 bulan ni aku semakin tertekan dengan hidup. Murung, Gelisah, Tidak tenang menghantui diri. Penatnya Ya Allah

Sampai aku sakit sebab ada masalah. Sesungguhnya, masalah datang dan pergi tapi bila aku kenangkan semua yang berlaku aku jadi lemah dan letih. Sampai bila nak berlari lagi lari dari masalah. Lari dari kesusahan. Lari dari penyelesaian

Cepatlah berlalu semua ni. Ya Allah hanya Kau Maha Mengetahui apa yang ku inginkan. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikan aku cahaya dalam hidup.

Amin.