Ahad, 30 Oktober 2011

ALL BY MYSELF ( with lyrics )



ini yang saya rasa sekarang ni. all by myself. Bila nak cari orang @ frens takde memanjang tapi bila mereka nak cari saya, saya ada sahaja untuk mereka.

Yeap! Family never END!

Rabu, 10 Ogos 2011

Berbuka puasa ngan PM_10 OGOS 2011




haha tengok gambar tu macam skema jer kan. Itu baru pintu masuk belum masuk betul-betul dalam kediaman rasmi PM. Ermm, honestly aku sangat teruja dapat masuk rumah PM yang indah dan tersergam..hehe Alhamduillah atas anugerah yang diberikan. Mula-mula masuk dah teruja sebab tu bergambar sana sini. Last2 pakcik jaga tegur jangan tangkap gambar banyak sangat.Adoyaii

Tapi memang cantik lah tempat itu. Semua glitter dan cantiklah. Wajah i yang gelap ni pun nampak ceraah je masuk situ. Haha. Tapi memang payah giler nak carik kediaman ni pusing 2 3 kali jugak la satu putrajaya g cari tempat ni..hahha. semputtttt. Walaupun i penumpang i pun rasa semputtt jugak. Kereta sesak gile lah kan. Punye lah ramai orang nak buka puasa jugak

Makanan ok lah haritu. Kenyang jugak. lagi satu dapat coklat. Haha. Dah kenyang sambung bergambar balik. Walaupun dah kena tegur. Kami-kami ni degil jugak. Haha.Kemudian balik dengan selamat. Jalan nak balik senang je nak carik. Time pegi melilau lilau.Haha. Akhirnya saya pun kepenatan sebab sibuk jalan kaki sana-sini. Hehe.

Selasa, 9 Ogos 2011

mengganggur VS kerja!

Ok hari ini mari kite bercerite mengenai kerja dan kerjaya dalam diri seseorang.
Bila dah bekerja ini all around us dah totally different.

Dulu bila kite tak bekerja, banyak masa, diri takde arah tujuan dan melilau sana-sini. Belum lagi penat nak menjawab soalan-soalan cepu emas dari saudara mara.."Keje mana sekarang ni?". Dah tu pulak effect parents lah. Cian mak ayah kite kan. Duit bulan2 sah-sah tak hulur lagi da.

CUma masa banyak terluang. Tapi kadang-kadang buat benda tak pekdah. Satu lagi of cos la wang takde. sye tak boleh jadi beruang. hahha -comel-

Ermm da keje, penat! tu ofkos lah. Jadi cikgu penat mengajar sebab anak2 nakal dan macam-macam karenah. Tapi, dalam hati dah mula sayangkan situasi ini. Ade anak murid buat kite marah, jengkel, gembira, geram, macam-macam. Tapi itu pengalaman. Siape nak bagi pengalaman mengajar remaja sekolah walaupun takde pengalaman pendidikan? Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan yang diberi.

Alhamdulillah sangat. Nasib dapat pengalaman ni. Kalau tak kutip dari sekarang mana nak ada pengalaman kan.

Cerita pasal kerjaya sebagai seorang guru ni pulak macam2. kalau kite mengajar 3 kelas. Kelas A macam ni, kelas B macam ni dan kelas C macamni. Perangai macam-macam adoo. hehe. Mereka nakal sikitlah kot. Yang penting niat kan. Untuk melihat remaja ini lebih maju di masa hadapan. Ok (asyik sebut ok je). Bila da makin lama dalam kerusi guru ni, makin lama makin tahu tanggungjawan yang perlu dilaksanakan untuk pelajar2 ni. InsyaAllah

Walau kite berkerja atau tidak yang penting cara dan pembawakan kite dalam kehidupan seharian. Yang penting tahu mana yang terbaik dalam diri


----- Cuba untuk menganjakkan diri ke arah yang lebih tenang -----

Khamis, 4 Ogos 2011

Ini kisahku. Kisah seorang remaja wanita yang dibelenggu dugaan sepanjang tahun 2011. Penat. Tapi aku redha dengan semua Ya Allah beri kekuatan dan kehidupan yang lebih baik. Apakah aku perlu menghadapi semua ini Ya Allah. Sungguh sejak 2, 3 bulan ni aku semakin tertekan dengan hidup. Murung, Gelisah, Tidak tenang menghantui diri. Penatnya Ya Allah

Sampai aku sakit sebab ada masalah. Sesungguhnya, masalah datang dan pergi tapi bila aku kenangkan semua yang berlaku aku jadi lemah dan letih. Sampai bila nak berlari lagi lari dari masalah. Lari dari kesusahan. Lari dari penyelesaian

Cepatlah berlalu semua ni. Ya Allah hanya Kau Maha Mengetahui apa yang ku inginkan. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Berikan aku cahaya dalam hidup.

Amin.

Selasa, 19 Julai 2011

Sort of things :-

1. Ujian Lisan Bersepadu Sekolah (ULBS)
* Rencanakan soalan UJian Lisan.
*Selesaikan Ujian Lisan
*Lakukan Penaksiran Ujian Lisan

2. Soalan Mid-Term Student

3. Habiskan silibus BM especially Karangan (100 markah)

4. Kumpul Carry Marks

5. Bitara Magazine

6. Planning for diffrentiated learning process

Sebagai guru bahasa Melayu/Malaysia saya kene buat all of this yek. Jadi janganlah bertangguh. Ikhlaskan hati untuk kejayaan anak murid tersayang. Anak-anak murid mu perlu berjaya. Ingatlah setiap kejayaan anak-anak murid. Itulah harga sebenar pengorbanan seorang guru

- Positive in mind and soul -
- "Ya Allah dalam apa-apa keadaan sekalipun, KAU mudahkanlah urusan dan pekerjaan ku dalam hidup seharianku. Amin"

datanglah kekuatan.

Saya sedang dalam kekalutan.

saya sedang dalam kemurungan

saya memerlukan semangat dan motivasi yang tinggi pada masa ini

saya perlukan kerajinan dan keyakinan diri

SEMANGAT!!!! MOTIVASI, POSITIFFF KAN DIRI!!!! YEAHHHHHHHHHHHHHHH

Ahad, 8 Mei 2011

** fist time ngutok nih **

** Haha statement aku kat atas tu nak good-good je. Tipu lahh tak penah ngutuk. kan ! kan! Pelajaran hari ni ialah mengutuk drama Melayu yang kadang-kadang aku tengok jugak walaupun hati sakit. As usual aku tengok drama Melayu adalah untuk mengutuk. Tapi serius! Aku layan kot drama Melayu tapi ade jugak drama Melayu yang dibuat dengan unsur tak realistik sangat. Ciri-cirinya ialah.... **

  • Mekap - Weyy, ni memang kadang2 tak asli langsung. Oklah senang cite ade orang TUA okeh! diulangi orang tua a.k.a Opah yang bawak watak pesawah padi, penoreh getah dan bla bla bla tapi rambut karatt tak hengat (maksudnye rambut berwarna perang keperangan- petani moden kut!) Ade ke orang tua kampung yang duit pun tak cukup nak makan, sempat nak kaler2 rambut lagikk. Tak pulak kne kutuk ngn orang kampung. Mungkin lahh inai utuk uban kot -cet!!- Same je jugak ngn orang muda yang miskin gitu lah jugak kan.. Rambut cantik jee rebonding, gune jari pun bolehhh. Belum lagi mekap macam hantu padahal minah kilang je, takpun keje kerani opis je. alahaiiii. Ade lagi time solat pun, mekap macam nak g clubbing. Pe lah kan. Nak santek sangat tak payah berlakon, g jadik ratu cantik okehh!!!

  • Watak baik ngn watak jahat - Okey aku baru prasan mungkin tak semua drama lah. Kalu watak tu pakai tudung, mesti watak tu diberi peranan macam antagonis maksudnye watak jahatlah. Pakai tudung baik, santek je tapi mesti si polan tu busuk hati, pendengki, gile ataupun gile kuasa lah. Konon2 nak cakap yang bertudung tu X semestinya baik. Konon-konon ade agenda tersembunyi disebalik tudung tu. Tapi yang selalu dianggap watak baik, muslimah, lemah lembu eh lembut tu kadang2 budak tu rambut kaler berkarat, pakai2 seksi-seksi tapi watak baik dan disayangi. Terpulanglah mungkin tu antara die ngn Tuhan tapi cube jangan tonjolkan watak bertudung tu nampak konon2 jahat lah. Maybe pengarah or penulis skrip terlepas pandang benda ni, tapi orang luar akan buat judgment yang buruk terhadap orang yang memakai tudung (even tak la semua orang bertudung tu sempurna).

  • Rupa - Ermmm ni pun satu. Muka hero atau heroin tu kemain lagi Pan Asian nyer. Mak bapak muke Jawa + muka banjor. hahha. wey, datang mana lak darah kacukan tu. Tak paham la nak buat pun amik la susur galur yang betul. Tak baik tipu2 penonton nihh. Meluat aihhh. budak kecik baru nak pandai kenal muka orang pun tahu tu sume menipu sajoorrr. Ade lagi mak ayah putih melepak tibe2 anak yang lahir hitam pulak. Hehe. Kuasa Tuhan kowt. Lantok ke situ. kui kui.

  • Belajar - Haha klu yang ni, ape yg tak realistiknye ialah ade la kan pelakon yang konon2 blaja master tapi buat kat private kolej yang mg tak provide pun sambung master kat situ. Alaahai, ade kowt private college yang provide master tapi pandai la select. Bulat-bulat tipu penonton okayys. Klu ade student terpengaruh kang ade yang nak sambung blaja kat kolej swasta tu.

  • Perwatakan - Part ini memang aku polik. Macam mana lah kan ade watak tomboi, pengkid dan la la la tu ade rambut panjang mengurai, cantik dan rebonding. Konon2 sorok ngn topi tak dapat jep! ade lak tomboi/pengkid rambut panjang. Buat la research dulu sebelum nak tonjolkan watak tu seorang tomboi/pengkid. Atau pun pelakon tu yang SAYAANG gile ngn rambut pastu tak nak potong rambut. Aloo klu sayang rambut pengarah lak nak amik die berlakon watpe. Ceh! typical Malay actress. -sambil muke nyampah - Tak suke pelakon yang berlakon sebab rupa cantik tapi macam KAYU berlakon!

  • Watak bertudung - Ok. Kadang2 dalam drama tu ade la watak bertudung yang akan dilakonkan oleh anak-anak gadis yang tak bertudung senang cite tak biase bertudung lah kan. Bile tengok dorg pakai tudung, mak aii selekeh gile bile pakai tudung. Dengan tudung tak bergosok, tudung tak pandai lipat tepi, main sarung je (kata tudung pinjam) tudung tak matching ngn baju dan seumpamanya lah. Ermm jangan la nampak sangat yang awak tu tak pandai pakai tudung. At least kemas la sikit even kat luar awak tak pakai tudung. Tapi bile time disuruh pakai seksi, baju biase elok pulak kemas tersusun. Rambut sanggul baik punye. Kasut, beg ngn baju pandai lak matching. Ermmm tahla

  • Watak baik - Ermmm watak baik? Bukan nak cakaplah kan. Kadang2 pengarah kembangkan watak baik tu tak brape tepat lah. Oklah macam satu drama aku tengok ni. Girl ni watak baik lah kan. Sopan, manis dan macam2 lah yang baik kat die. Hidup miskin melarat, pindah randah. Tapi one day dorg kene halau. Tibe2 kene dok rumah tumpangan. Ermm pandai lak demand 'watak baik' ni. Tak nak la, tak selesa lah. The,ade orang bagi dok umah besar, cepat2 'watak baik' ni meluru masuk rumah besar tu macam orang yang tak sedor diri bahawa die sebenarnya miskin...Hah! Ok.....'baiknye watak tu --wat eva! --

---- ku Percaya ada Cinta ---

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
tidak hati ini semenjak dari mula ku yakin ada cinta
cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada terhenti
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi Cinta Tersembunyi hikmah yang pasti

Pandang alam ini sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi mana lantai bumi
TIAP SATU YANG TERJADI TIDAK MUNGKIN TERSENDIRI
CUBA cari JAWAPANNYA ANDAI meragui...

By: Siti Nurhaliza (Tahajjud Cinta Album)

*** suddenly, tibe2 lagu ni terlintas kat O-tak aku sekarang : ) ***



* saye ngn new job . A-ha! *






lihat! ramai kan anak-anak sekolah tu. yeah! this pic was taken mase hari sukan hari tu. ahahha finally, saye berpeluang jugak menjadi seorang guru yang tak brape dedikasi sangat- sian anak2 muridku dapat ce'kgu yang sebegini hummphh!-

fuh! life is unpredictable! seriously. tak sangka aku berpeluang menjadi seorang guru yang tidak disangka- sangka sekali. Tapi life must go on!

Actually, aku bukan lah cikgu sukan atau cikgu PJ. kat PERMATApintar ni aku mengajar BM untuk tingkatan 4. Sejujurnya BM paling susah nak diajar, semua benda ade salah ade betul. Even bahasa cikgu BM ni pun bersepah-sepah (klu anak murid tahu kene boo aku nih).Tapi time mengajar, kite praktikkan yang betullah, Takkan nak guna bahasa yang formal dan bernahu memanjang. Language is versatile and not just rigid :)

First day mengajar? Wah ! terkejut dan tak get ready sebenarnye. Tapi da kene bertugas, I have to! kne la buat jugak walaupun nervous giler ngn anak-anak murid ku terchenta. ceh! ermm aku kene mengajar dalam 3 kelas subjek Bahasa Melayu iaitu K1, K2 dan K5. Semua class ade 7 kesemuanya. Sebenarnya pelajar2 PERMATApintar ni merupakan student gifted yang terpilih untuk menyertai sekolah ini. Maksudnye budak2 pandai lahh ni. Anugerah katekan. Jadi nye tugas tak banyak cuma kene pantau mereka and cungkil kebolehan bahasa dan sastera dalam diri mereka.

"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola. Hahahhhaa"


Rabu, 9 Februari 2011

nampak die lagi :)


haha tadi g bendahari hantar surat kat bendahari

singgah surau kat FSSK nak solat Zuhur

habis solat keluar tengah nak jalan nak g kat motor

NAMPAK DIE!!!

Ermm, bile pandang DIE, DIE pandang balik

DIE senyum lah! -Senyum balik-

DIE tegur macam kenal, -Senyum saja balik-

Teringat kelas TITAS -Senyum-


span berwarna kuning dan positive thinking!

  • Nampak tak ape benda warna kuning kat atas tu yang ngan objek kaler pink-pink gemok2 tu? Tadaa...itu adelah sang spongebob squarepants dan patrick starfish merangkap kawan comolot si spongebob nih.
  • 'Mereka' ini kartun je, just kartun yang boleh buat kite gelak2 bile tengok tiap2 hari Isnin - Ahad (4.30 ptg, tv9-versi BM). klu versi BI lak kul 9.00 pagi kat TV3. Tiap2 Ahad
  • Tapi satu yang buat aku respek ialah macam mana penerbit die leh pikir satu watak yang berminda positif dan tak pernah nak marah2 ngan orang sekeliling die iaitu spongebob ni lah.
  • Gelak-gelak jugak tapi bile kite selami balik watak2 yg dicipta dalam kartun ni memang menggambarkan kite sehari-hari. Spongebob ni berhati baik dan positif aje. Lantaklah macam mana pun Encik Krab buli die, die terime je ngn senyuman.
  • Lagi Squidward pun selalu buat muka toya kat spongebob ni, siap kene marah ngn keji lagi tapi die muka tak tahu malu dengan senyuman mengendeng 24 jam kat Squidward
  • Patrik pun nampak je bodo2 alang, tapi die ni ade gak membuli spongebob. Tapi spongebob ni buat dekk je, anggap Patrik kawan best fren forever lagik
  • Spongebob ni komited ngn keje ngan die buat. Tugas memasak krabby patty je tapi tulah die sangat sayangkan hidup dan life die biarpun sekeliling nyampah ngn prangai die yang tak bpe nak matang tu (Kejenye nak Fun aje) haha
  • Die positif sebagai hidupan sampai plankton saitan kecik tu pun die nak buat kawan-kawan gak. -ketawa nampak gigi- bile ingat balik si spongebob ni
  • Realistik ke ade insan yang berpostip memanjang seperti spongebob ni. Boleh kowt janji sabar n syukur sebenarnya. Jangan bersangka buruk dengan orang lain! :)
  • Sayang spongebob muahh...!!

:: Ini ada suatu cerita ::


:: tibe-tibe teringat satu kisah::

Si A dan si N. Si A dan si N dah lama terpisah. Si N meninggalkan si A tanpa khabar berita. Si A meneruskan hidup dengan Si E dan bersama hingga bertahun-tahun lamanya. Satu hari si A dan si E bermasalah. Ada krisis antara mereka. Dalam krisis datang si N seolah-olah mahukan si A kembali. Si A dengan jiwa yang kacau jadi buntu antara krisis dengan si E dan kisah silam dengan si N. Sebenarnya si A tak payah nak serabut pun sebab si N ni rupe-rupenye tak jujur nak kan si A ni. Jadi si A buat pilihan yang bijak tak terima terus si N. Tapi kan si N ni memang bahaya sebab si N ni kata dia kerap stalker si A ni, rindulah, menyesal lah sebab pernah tinggalkan si A. Kalau orang lain pun sure tersentuh dengar cerite si N ni seolah-olah drama sangat!. Tapi Allah tunjuk jugak. Si A rase macam something wrong ngn si N. Lastly, si N tak kacau dah si A ni. Maka selamatlah hidup si A.

The End

Selasa, 1 Februari 2011

:: dah dewasa rupenye aku ::


Alahai! tahun ni dah 25 tahun dah rupenye. Alhamdulillah padaMu Ya Allah masih memberikan ku peluang untuk terus menghirup udara dan melalui saat-saat indah, kelat dan duka di dunia ini.

Satu persoalan yang takkan habis, KEJE!WORK! JOB! aku nak keje ape lepas settle semuanya ni? Ermm termenung jugak tuh. Tak boleh jadi kena mintak jugak keje ape-ape pun, La ni tak boleh memilih sangat keje. Rembat je ape yang ada. Kata seorang A ni, kalau keje biar kene dengan apa yang kita belajar, apa yang kita praktikkan. Kalau tak jadi sis-sia keje kita. Masaalahnya siapa la aku ni nak tunggu keje yang kena dengan bidang aku. Pensyarah? Pegawai? Ade je kerje gitu tapi nak dapat bukan sekelip mata, banyak yang kena lalui sebelum dapat semua tu

Patut ke rasa give-up sebab aku dah pergi 4 kerje (exam, temuduga) yang kerja kerajaan tapi satu pun tak dapat. ke kena mandi bunga, naikkan seri wajah. Haha. Tu semua rezeki masing2 kan. Cume cepat lambat sampai je. Hidup aku ni pun tak la bermatlamat sangat. Ape yang dah diberi itu yang aku terima. Senang cite, Go with the flow. Just doa semoga Allah lorongkan ke jalan yang lebih baik. Aminn

Dengar Ruqyah ni, tenang jiwa. Lately, aku agak serabut dengan hidup aku sendiri. Stress out. Lagi satu letih sangat badan ni tak cukup-cukup nak tido puas-puas. Maksudnya ade lah benda yang aku pikir tu. Bila kita dah banyak berfikir, maksudnya kite dah DEWASA. Takut kan jadi DEWASA. Dah tak boleh main-main, kena fokus, kena series je dalam hidup. Kena fikir benda yang penting, benda yang berfaedah. Tapi tak salah kalau kite main-main sikit. Jangan semua benda nak think serious

Aku da hilang kawan yang satu masa dulu hepi, selalu buat lawak bodo yang boleh laa nak gelakkan aku. Sekarang die sangat series dan muka mencuka 24jam. Kalau ajak borak, die macam ingat kite ajak die berdebat dan bergaduh. Kalau ajak berdebat lagi laa die ingat kite ajak die 'wrestling'. Sampai macam tu sekali tekanan dalam hidup die ubah die macam tu. Katenya keje yang banyak dan gaji yang sikit buat die Down. Die memang tak kuat nama je laki. Dan mudah sangat toucing. Hadoii. Entahla aku tak dapat bayangkan kalau die dah kahwin dengan hutang rumah, anak-anak, belanja isi rumah. Aku harap die leh sedar dan wake up la! sedih :(

Dan sebenarnya ini jugak untuk diri aku sendiri. Aku kena kuat! Yakin! Tabah dan teruskan sisa-sisa kegembiraan yang masih terpalit dalam diri. I have a long journey untuk aku lalui. Ini pilihan yang aku ada. Teruskan melangkah, melangkah dan kuat menunju arah yang lebih gemilang untuk diri sendiri. Ya Allah terima kasih atas kekuatan yang diberikan. Aku taakan mengalah, semua rintangan dan halangan akan aku tolak ke tepi kesemuanya. Aku tak nak tengok dan aku tak nak tunduk pada kekalahan. Pekakkan telinga, butakan mata kalau ada yang tak memahami aku. Aku ada insa yang lebih memerlukan aku daripada sesiapa yang tak fahami aku...

Ya Allah terima kasih atas kekuatan, jalan kebaikan, ketenangan. Amin



Isnin, 31 Januari 2011

** bunga harapan bangsa **












** Bile dengar lagu Hijjaz (Puteriku Sayang), terus teringat kat anak saudara ku yang sorg ni. Fateen Rania. Lagu yang sangat indah buat dia dan semua gadis di dunia agar terus beriman, kuat, tabah, berdaya tahan menghadapi dugaan dunia global yang mencabar.

** Ni lirik yang menyentuh hati aku...

PUTERIKU SAYANG (HIJJAZ)

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebangaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Fateen Rania. such as a:
  • Cute and sweet girl (kan! kan!)
  • Curious
  • Nawty
  • Pandai amek hati
  • Suke smile
  • Suke meniru
  • Tanak dok diam
  • Suke menyibuk

::: Riwayat seorang GRA yang berkontrak :::


  • Da Februari nih. Maksodnye? bulan ni ialah bulan terakhir aku menjadi orang yang bertitle 'wanita berkerjaya' hummmm. Alahaii cepatnye mase. Sedap2 dapat gaji tiap2 bulan tibe2 takde. Wah! aku penggangur pas nih..ngee tanak!
  • Tengok lah tu. ni la opis yang sangat aku banggakan selama ni. haha tempat bersemayam lagi tempat mencurahkan bakti (tak payah berbakti2 sangat). Jangan pandang sebelah mata sepah2 desk aku tu. Tu tanda orang yang sokmoo buat keje (Yeah Right!)
  • Misi lepas ni? cari keje la kan. Tapi nak keje ape. Bile ingat2 balik almost one year jugak jadik GRA merangkap Graduate Research Assistant ni. Wah! satu tempoh yang lama gak tu.
  • Pasni mesti teringat semua memori sepanjang jadik GRA ni..hantar surat kat bendahari (akak front desk tu pun dah kenal sangat muka wanted i ni hihi), makan2 ngan kawan2 kerja Kak Mai, Midat, Kira and Dayah. G2, G3, G4, G5 mane kedai yang kiteorg tak pernah rasa? haha kedai makan UKM ini ana yang punya!! Tapi rase2nye G2 laku tu sebab kami yang melakukan. Laksa mak cik tu dah nak jadi ketagih, boleh cakap hari2 nak melantak laksa tu.
  • Keje KPPU. Aha! Distater! hihi buat keje KPPU yang agak memenatkan otak dan fizikal. Tabik kat akak Mai sebab berjaya habiskan KPPU yang amat complicated. Pulak tu kan, makan kat bilik JKK1 dua hari berturut2 tuu. (kau hade???)
  • Milo tumpah dalam bilik Prof. Mangsa keadaan? Kak Mai and aku jugak. Last2 kami pakai minyak wangi cap 'minum milo anda jadi sihat dan kuat'..Sampai sekarang Prof tak tau kami dah 'wangikan' bilik die ngn Milo tabur..hihihi
  • Kalaulah sambung lagi kontrak GRA ni, mesti banyak kenangan yang lagi tercipta. Haha. Tapi tulah yang mula mesti yang berakhir. Kena la terima status sebagai GRA yang berkontrak. Ade ke GRA yang tak berkontrak?-humm-

:: hari ni 1 Februari 2011 ::


** Alhamdulillah! Finally siap satu karya sederhana yang telah berjaya aku siapkan. Ya Allah terima kasih atas kemudahan yang dikurniakan **

:: Debaran makin berkocak menunggu tarikh keramat. Ermm kite just wait and see apekah kesimpulannya. Semoga semua berjalan dengan lancar dan terang. Ya Allah berikanlah aku kekuatan Mu. Amin ::

:: Satu kerja have been done! -happy-. Tapi! work are not settle yet! haha pasni kena menghadap tarikh keramat, dua hutang jurnal, Jurnal tesis by SK and ad-hoc :

:: Ermm kene repair jugak tu 'karya' yang 90 % siap tu. 90% ker? tah2 banyak yang kene repair. hopeFully pembaca ade belas kasihan terhadap penulis tesis yang serba kekurangan seperti saya- umm- (helps)::

:: ngantuk lah! biase la anak dare yg tak pernah2 tak tido pas Subuh cam aku ni memang menyeksakan time tengahari2 yg rembang ni. Bestnye dapat tido kat tilam uma. Bangun2 makan tengahari dengan lauk terhidang atas meja makan. Bak kata mak aku ni macam YB yg selalu bukak rasmi makan lepas mak masak. Tolong masak tak nak! Haha. Opkoss la siape yg tanak makan mase lauk tu panas2 lagi. aummm ::

::A lot job to do tadi, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jugak. alahai badan tiyednye rase. Tapi rasenye takde lah buat keje yng berat2 seperti angkat tong gas, atau angkat beras 10 kilo tapi letih mengalahkan orang keje buruh kasar. Nutrisi yang kurang tu, Vitamin dlm badan tak complete!::

:: Cuti tahun baru cina? planning? member2 banyak planning nak pegi sunway lagoon la, desa waterpark lah. ermmm tinggi cita2 korang kan! jangan asek planning je kang sudahnye tak pegi jugaks. apedaa.. ::

:: Opss! teringatlah saye kena buat slide pembentangan. Wake up girl !! ::

** Sedang mendengar lagu kangen Band (Maafkan Aku) OMG! kenape lagu Kangen band sangat indah? -thumbs up-

Ahad, 9 Januari 2011

::: come on strengh :::

ermm what a nice and pleasure day..

monday comin the day i hate. hehe taklah. tak benci isnin pun. cume benci kemalasan yang macam dah jadi tabiat dalam diri. -haiya-. macam mane nak jadi success ni? even keje yang sikit pun tak boleh survive. comen atey! emm plish come back momentum. i need u right now.

::: apa kayu pengukur KEMATANGAN seseorang individu? adakah cara berfikir? cara bertindak? cara perilaku atau cara membawa diri dia sendiri? entah? dalam umur 25 tahun ni aku dah mencapai KEMATANGAN ke? semua nak KEMATANGAN kan? tapi betul ke KEMATANGAN membunuh sifat humor yang ada dalam diri. susah juga idup asyik nak series je. macam mana nak balance kan benda2 ni.. sungguh aku tak HEBAT dalam hal ni :::

::: Camne nak hebat , Matang dan humor pada suatu2 masa. senyumlah senyumlah ahai cek mek molek- haha ni la akibatnye asik menulis ikut ape yang ada dalam fakulti bahasa ni. Alhamdulillah Ya Allah atas ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, dan orang sekeliling yang mewarnai hidup saya menjadi pelangi yang bukan hanya mewujudkan tujuh warna pelangi tapi rasa-rasanya lebih daripada tujuh warna. :::

:::belum lagi dengan ada rencah hidup sume rasa manis, masam, pahit, kelat, tawar, masin cukup semua rasa kann. yeay! hidup ni memang wonderfull and colourful! cayalah! tabik pada diri sendiri :::

Khamis, 6 Januari 2011

::: starting menulis balik ke? :::

cuaca di luar seolah gelap, mendung. bukan seolah-olah tapi memang mendung lah. lately ni cuaca ujan memanjang. Anugerah Allah kite syukuri!!

ermm, hari ni aku banyak sangat makan..haha patut ke nak cerita kat sini. series memang banyak sangat makanm sampai takde ruang nak bernapas nih.. huhu.

..stop lah, xde idea...