Isnin, 31 Januari 2011

::: Riwayat seorang GRA yang berkontrak :::


  • Da Februari nih. Maksodnye? bulan ni ialah bulan terakhir aku menjadi orang yang bertitle 'wanita berkerjaya' hummmm. Alahaii cepatnye mase. Sedap2 dapat gaji tiap2 bulan tibe2 takde. Wah! aku penggangur pas nih..ngee tanak!
  • Tengok lah tu. ni la opis yang sangat aku banggakan selama ni. haha tempat bersemayam lagi tempat mencurahkan bakti (tak payah berbakti2 sangat). Jangan pandang sebelah mata sepah2 desk aku tu. Tu tanda orang yang sokmoo buat keje (Yeah Right!)
  • Misi lepas ni? cari keje la kan. Tapi nak keje ape. Bile ingat2 balik almost one year jugak jadik GRA merangkap Graduate Research Assistant ni. Wah! satu tempoh yang lama gak tu.
  • Pasni mesti teringat semua memori sepanjang jadik GRA ni..hantar surat kat bendahari (akak front desk tu pun dah kenal sangat muka wanted i ni hihi), makan2 ngan kawan2 kerja Kak Mai, Midat, Kira and Dayah. G2, G3, G4, G5 mane kedai yang kiteorg tak pernah rasa? haha kedai makan UKM ini ana yang punya!! Tapi rase2nye G2 laku tu sebab kami yang melakukan. Laksa mak cik tu dah nak jadi ketagih, boleh cakap hari2 nak melantak laksa tu.
  • Keje KPPU. Aha! Distater! hihi buat keje KPPU yang agak memenatkan otak dan fizikal. Tabik kat akak Mai sebab berjaya habiskan KPPU yang amat complicated. Pulak tu kan, makan kat bilik JKK1 dua hari berturut2 tuu. (kau hade???)
  • Milo tumpah dalam bilik Prof. Mangsa keadaan? Kak Mai and aku jugak. Last2 kami pakai minyak wangi cap 'minum milo anda jadi sihat dan kuat'..Sampai sekarang Prof tak tau kami dah 'wangikan' bilik die ngn Milo tabur..hihihi
  • Kalaulah sambung lagi kontrak GRA ni, mesti banyak kenangan yang lagi tercipta. Haha. Tapi tulah yang mula mesti yang berakhir. Kena la terima status sebagai GRA yang berkontrak. Ade ke GRA yang tak berkontrak?-humm-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan