Selasa, 19 Jun 2012

:: Hidup ini macam roda ::

t
rue. Statement itu sangat true. Kejap life ni seronok sekejap pulak sedih. sekejap lagi neutral. Antara dua 'neutral' lagi best kut.
Buat hal sendiri dan buat kerja sendiri Macam ni :::: Ada jalan lurus kita kena lalu jalan tu Lurus pandang ke depan Kiri kanan macam-macam dugaan Yang seronok, tak seronok dan macam-macam Kita kena sampai nak ke penghujung tanpa pedulikan pun 'dugaan2' tu kalau kena kacau dengan 'dugaan' tu, kena bangun tabahkan diri Kena sedar kuatkan diri Kalau tertarik habis. Perjalanan tu akan jadi sia-sia Falsafah dia kat sini It all about yourself Bagaimana kamu menghadapi sesuatu dengan pemikiran dan tindakan sendiri Ada dua pilihan. Opss tiga sebenarnya Yang mana: 1. Teruskan perjalanan 2. Tersungkur 3. Menyalahkan 'dugaan' itu Di sini la gunanya akal dan fikiran manusia, fikir dan fikir. Semua manusia akan pilih nombor 1. Semua nak yang utama. Semua nak prioriti Tapi tindakan kita? Nak mencapai yang SATU tu? Cukup ke? Nak dapat yang baik memang susah. Usaha dan sedikit kerja keras akan mendapatkan kita sesuatu yang istimewa. Tapi kalau ada yang dapat dengan jalan yang pintas untuk mendapatkan yang 'baik' tu. Percayalah. kepuasan dan kualiti nya memang tak kan sama dengan yang diambil dengan cara yang bersusah-payah Orang yang bersusah-payah je tahu keperitannya. Di sini lah 'SABAR' itu relevan. Logik dengan 'TAWAKAL' Dan Tepat dengan 'U
SAHA' yang berterusan.

Sabtu, 9 Jun 2012

Perkataan dan minda

Sesungguhnya. Dah lama minda bahasa tak bergerak. Hanya berlegar-legar di minda tapi tak terluah dek taip bait kata. Hari ini buat pertama kali nya dalam tahun ini. Minda mengarah tangan untuk menulis dan menghasilkan bait kata. Tak indah. Tak seindah madah pujangga sasterawan yang penuh dengan mainan kata-kata. jauh, masih jauh untuk mencapai tahap mereka. Hanya mampu menjadi diri sendiri yang masih serba kekurangan. Alhamdulillah, masih ada kesempatan yang diberikan untuk meningkatkan kebolehan diri. Peluang ada terbuka. Insya Allah. Damai. Tenang di sini. Seolah-olah ada sesuatu yang memberikan ketenangan. Idea dan lontaran bagi meluahkan rasa dan kata. Ada motivasi yang mendorong. Mungkin. Kenapa dan mengapa? Biarlah rahsia hati yang menyimpan. Ku lihat struktur itu seolah biasa seperti yang lain. Tapi dia ada keistimewaan yang tersendiri. Sungguh. Oh~ Rendah diri datang lagi. Itu yang tidak menampakkan kesamaan kami. Tidak langsung. Harus aku menjadi orang lain untuk disukai orang lain? Itu Hipokrit atau anjakan paradigma namanya? Senang hidup ni jika dilontarkan dengan bait kata-kata. Tapi payah dan sukar untuk diterjemahkan dengan perilaku. Lontaran kata ini adakah mempunyai unsur rungutan? Atau sekadar monolog dalam diri? Yang hanya mampu Blog ini menjadi medan pelepasan segalanya. Kabur. Namun semakin neutral. Terima kasih logik!