Isnin, 31 Januari 2011

** bunga harapan bangsa **












** Bile dengar lagu Hijjaz (Puteriku Sayang), terus teringat kat anak saudara ku yang sorg ni. Fateen Rania. Lagu yang sangat indah buat dia dan semua gadis di dunia agar terus beriman, kuat, tabah, berdaya tahan menghadapi dugaan dunia global yang mencabar.

** Ni lirik yang menyentuh hati aku...

PUTERIKU SAYANG (HIJJAZ)

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebangaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Fateen Rania. such as a:
  • Cute and sweet girl (kan! kan!)
  • Curious
  • Nawty
  • Pandai amek hati
  • Suke smile
  • Suke meniru
  • Tanak dok diam
  • Suke menyibuk

::: Riwayat seorang GRA yang berkontrak :::


  • Da Februari nih. Maksodnye? bulan ni ialah bulan terakhir aku menjadi orang yang bertitle 'wanita berkerjaya' hummmm. Alahaii cepatnye mase. Sedap2 dapat gaji tiap2 bulan tibe2 takde. Wah! aku penggangur pas nih..ngee tanak!
  • Tengok lah tu. ni la opis yang sangat aku banggakan selama ni. haha tempat bersemayam lagi tempat mencurahkan bakti (tak payah berbakti2 sangat). Jangan pandang sebelah mata sepah2 desk aku tu. Tu tanda orang yang sokmoo buat keje (Yeah Right!)
  • Misi lepas ni? cari keje la kan. Tapi nak keje ape. Bile ingat2 balik almost one year jugak jadik GRA merangkap Graduate Research Assistant ni. Wah! satu tempoh yang lama gak tu.
  • Pasni mesti teringat semua memori sepanjang jadik GRA ni..hantar surat kat bendahari (akak front desk tu pun dah kenal sangat muka wanted i ni hihi), makan2 ngan kawan2 kerja Kak Mai, Midat, Kira and Dayah. G2, G3, G4, G5 mane kedai yang kiteorg tak pernah rasa? haha kedai makan UKM ini ana yang punya!! Tapi rase2nye G2 laku tu sebab kami yang melakukan. Laksa mak cik tu dah nak jadi ketagih, boleh cakap hari2 nak melantak laksa tu.
  • Keje KPPU. Aha! Distater! hihi buat keje KPPU yang agak memenatkan otak dan fizikal. Tabik kat akak Mai sebab berjaya habiskan KPPU yang amat complicated. Pulak tu kan, makan kat bilik JKK1 dua hari berturut2 tuu. (kau hade???)
  • Milo tumpah dalam bilik Prof. Mangsa keadaan? Kak Mai and aku jugak. Last2 kami pakai minyak wangi cap 'minum milo anda jadi sihat dan kuat'..Sampai sekarang Prof tak tau kami dah 'wangikan' bilik die ngn Milo tabur..hihihi
  • Kalaulah sambung lagi kontrak GRA ni, mesti banyak kenangan yang lagi tercipta. Haha. Tapi tulah yang mula mesti yang berakhir. Kena la terima status sebagai GRA yang berkontrak. Ade ke GRA yang tak berkontrak?-humm-

:: hari ni 1 Februari 2011 ::


** Alhamdulillah! Finally siap satu karya sederhana yang telah berjaya aku siapkan. Ya Allah terima kasih atas kemudahan yang dikurniakan **

:: Debaran makin berkocak menunggu tarikh keramat. Ermm kite just wait and see apekah kesimpulannya. Semoga semua berjalan dengan lancar dan terang. Ya Allah berikanlah aku kekuatan Mu. Amin ::

:: Satu kerja have been done! -happy-. Tapi! work are not settle yet! haha pasni kena menghadap tarikh keramat, dua hutang jurnal, Jurnal tesis by SK and ad-hoc :

:: Ermm kene repair jugak tu 'karya' yang 90 % siap tu. 90% ker? tah2 banyak yang kene repair. hopeFully pembaca ade belas kasihan terhadap penulis tesis yang serba kekurangan seperti saya- umm- (helps)::

:: ngantuk lah! biase la anak dare yg tak pernah2 tak tido pas Subuh cam aku ni memang menyeksakan time tengahari2 yg rembang ni. Bestnye dapat tido kat tilam uma. Bangun2 makan tengahari dengan lauk terhidang atas meja makan. Bak kata mak aku ni macam YB yg selalu bukak rasmi makan lepas mak masak. Tolong masak tak nak! Haha. Opkoss la siape yg tanak makan mase lauk tu panas2 lagi. aummm ::

::A lot job to do tadi, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jugak. alahai badan tiyednye rase. Tapi rasenye takde lah buat keje yng berat2 seperti angkat tong gas, atau angkat beras 10 kilo tapi letih mengalahkan orang keje buruh kasar. Nutrisi yang kurang tu, Vitamin dlm badan tak complete!::

:: Cuti tahun baru cina? planning? member2 banyak planning nak pegi sunway lagoon la, desa waterpark lah. ermmm tinggi cita2 korang kan! jangan asek planning je kang sudahnye tak pegi jugaks. apedaa.. ::

:: Opss! teringatlah saye kena buat slide pembentangan. Wake up girl !! ::

** Sedang mendengar lagu kangen Band (Maafkan Aku) OMG! kenape lagu Kangen band sangat indah? -thumbs up-

Ahad, 9 Januari 2011

::: come on strengh :::

ermm what a nice and pleasure day..

monday comin the day i hate. hehe taklah. tak benci isnin pun. cume benci kemalasan yang macam dah jadi tabiat dalam diri. -haiya-. macam mane nak jadi success ni? even keje yang sikit pun tak boleh survive. comen atey! emm plish come back momentum. i need u right now.

::: apa kayu pengukur KEMATANGAN seseorang individu? adakah cara berfikir? cara bertindak? cara perilaku atau cara membawa diri dia sendiri? entah? dalam umur 25 tahun ni aku dah mencapai KEMATANGAN ke? semua nak KEMATANGAN kan? tapi betul ke KEMATANGAN membunuh sifat humor yang ada dalam diri. susah juga idup asyik nak series je. macam mana nak balance kan benda2 ni.. sungguh aku tak HEBAT dalam hal ni :::

::: Camne nak hebat , Matang dan humor pada suatu2 masa. senyumlah senyumlah ahai cek mek molek- haha ni la akibatnye asik menulis ikut ape yang ada dalam fakulti bahasa ni. Alhamdulillah Ya Allah atas ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, dan orang sekeliling yang mewarnai hidup saya menjadi pelangi yang bukan hanya mewujudkan tujuh warna pelangi tapi rasa-rasanya lebih daripada tujuh warna. :::

:::belum lagi dengan ada rencah hidup sume rasa manis, masam, pahit, kelat, tawar, masin cukup semua rasa kann. yeay! hidup ni memang wonderfull and colourful! cayalah! tabik pada diri sendiri :::

Khamis, 6 Januari 2011

::: starting menulis balik ke? :::

cuaca di luar seolah gelap, mendung. bukan seolah-olah tapi memang mendung lah. lately ni cuaca ujan memanjang. Anugerah Allah kite syukuri!!

ermm, hari ni aku banyak sangat makan..haha patut ke nak cerita kat sini. series memang banyak sangat makanm sampai takde ruang nak bernapas nih.. huhu.

..stop lah, xde idea...