Isnin, 27 Ogos 2012

objektif

Boleh ke manusia jadi objektif. Dengan hidup yang diaorang ada. Satu je. Satu itulah jalan. Satu itulah tujuan.
Macamana nak ada objektif?
Dah jadi macam jumud, rigid tak lentur
Tak paham jugak. Kata kena ada peraturan tapi Allah cipta dunia ni pelbagai. Kelemahan dan kekurangan itu saling melengkapi. Ying dan Yang. Orang tu mungkin tak hensem tapi die baik. Mungkin dia kiut tapi die ceria. Mungkin die penyayang tapi die panas baran. Si polan tu mungkin cantik tapi kuat merungut itu ini. Tak ada la orang tu lemah serba-serbi. Allah tu adil. Maha Adil. Sebenarnya kalau dapat explore alam ni macam-macam yang dapat kita tengok. celik mata hati dan minda terutamanya. Lagi bukak mata lagi banyak kebaikan yang kita lihat. kalau dapat putar masa perkara yang akan aku buat ialah memutarkan mentaliti menjadi positif.
Takde rezeki duit: Takpelah mana yang ada, janji cukup
Jatuh: Takpe sikit je sakit tu, bangun balik
Tak cantik: Oklah tu ada yang lagi teruk muka berasid, cacat
Tak pandai: Takpe tu kan kayu pengukur untuk berusaha lebih gigih
Diperbandingkan: kita kena marah orang tu, orang tu yang bermasalah..
Teringat pergi Team building hari tu. satu benda yang aku belajar ialah melihat diri. Ada yang cacat muka dia sebab terbakar. kemudian orang akan geli, takut dan menghina dia yang dia tu mengerikan. Tapi dengan yakin nya lelaki tu jawab saya tiada masalah yang ada masalah ialah awak kerana awak yang melihat saya. Ok sangat positif minda dia. How can I be like him? macam yang kudung kaki tangan tu. meneruskan kelangsungan hidup dengan jayanya. Mampu tapi banyak benda sekat kat otak yang menghalang. Menulis kata-kata taakan membantu tapi sekurang-kurangnya meredakan perasaan kan. Kekurangan itu bukan untuk ditangisi atau dikesali tetapi diperbaiki. Nak sangat semangat positif yang sangat muncul dalam minda. I really need it. And first come is smile on your face. Jangan tegang sangat.Orang pun takut. Hehe.. Bye. A lot things to do :) Allah bantu aku Ya Allah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan